Kereta terbalik langgar pembahagi jalan

Anggota JBPM membantu mengalihkan kenderaan yang terbalik dalam kejadian itu. Foto: Ihsan PGOKL
Anggota JBPM membantu mengalihkan kenderaan yang terbalik dalam kejadian itu. Foto: Ihsan PGOKL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan berhadapan Balai Bomba Jalan Tun Razak pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.35 pagi dan sepasukan anggota telah digerakkan ke lokasi berkenaan bagi menjalankan tugas menyelamat.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Savvy yang telah terbabas sehingga melanggar pembahagi jalan di laluan berkenaan.

"Akibat kejadian itu, kereta berkenaan telah terbalik," katanya dalam satu kenyataan.

Kelihatan tumpuhan minyak di atas laluan berkenaan susulan daripada kejadian itu. Foto: Ihsan PGOKL
Kelihatan tumpuhan minyak di atas laluan berkenaan susulan daripada kejadian itu. Foto: Ihsan PGOKL

Katanya, mangsa terlibat juga telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

"Anggota JBPM turut bertindak untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di atas jalan berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!