Bukan hari Lee Zii Jia

Zii Jia menyambut pukulan Kunlavut pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki Olimpik. Foto: AFP
Zii Jia menyambut pukulan Kunlavut pada aksi separuh akhir perseorangan lelaki Olimpik. Foto: AFP
A
A
A

HARAPAN untuk menyaksikan Lee Zii Jia membutirkan pingat emas pertama negara tidak kesampaian selepas tewas kepada wakil Thailand, Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir acara perseorangan lelaki Olimpik di Arena Porte De La Chapelle sebentar tadi.

Bagaimanapun, Zii Jia telah memberikan aksi terbaik terutama di set kedua dengan cuba merapatkan jurang besar dicipta Kunlavut sebelum juara dunia tahun lalu itu selesa mencatat kemenangan dengan kelebihan enam mata.

Kunlavut mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan selesa 21-14, 21-15 sekali gus melebarkan rekod pertemuan 4-1 dalam lima pertemuan dengan Zii Jia.

Apa pun, aksi Zii Jia di Paris tidak terhenti apabila masih berpeluang untuk membawa pulang pingat gangsa.

Anak kelahiran Alor Setar, Kedah itu akan menentang sama ada Lakshya Sen dari India atau jaguh Denmark, Viktor Axelsen untuk perebutan pingat gangsa malam esok.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!