Akar umbi tidak boleh lagi anggap UMNO dominan - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (lima dari kanan) dan Tengku Zafrul lima dari kiri) bergambar bersama para perwakilan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja, hari ini. Foto Bernama
Ahmad Zahid (lima dari kanan) dan Tengku Zafrul lima dari kiri) bergambar bersama para perwakilan pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Ahli akar umbi UMNO tidak boleh menganggap parti itu sebagai dominan dengan pelantikan tujuh menteri Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana situasi masa kini tidak lagi sama seperti sebelumnya.

Menurutnya, DAP yang memiliki lebih banyak kerusi sekali pun hanya mempunyai lima menteri penuh.

"Janganlah kita yang berada di akar umbi ini (menganggap) bahawa tujuh ini seolah-olah kita dominan seperti dahulu.

“Realiti politik baharu ini, kita mesti mengukur baju di badan sendiri,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Raja di salah sebuah hotel di Bukit Raja di sini pada Ahad.

Turut hadir, Ketuanya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Mengulas isu sama, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun mengakui berpuas hati dengan prestasi ditunjukkan kesemua menteri Kabinet UMNO.

"Saya sangat berpuas hati dengan prestasi mereka (menteri Kabinet UMNO). Kita tidak pernah menimbulkan sebarang masalah dalam Kabinet," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!