Perdana Menteri dijangka buat sidang akhbar khas

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dijangka mengadakan satu sidang akhbar khas pada jam 1 petang di Bangunan Seri Setia, di sini hari ini.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berhubung sidang akhbar itu dan pihak media tidak dibenarkan untuk membuat sebarang spekulasi.

Perkara itu telah dimaklumkan kepada semua agensi media kira-kira jam 11.15 pagi tadi menerusi saluran WhatsApp rasmi Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Salah seorang wartawan turut bertanya sama ada ia adalah mengenai wabak koronavirus yang sedang melanda beberapa buah negara termasuk Malaysia namun pegawai PMO menjelaskan ia adalah sidang akhbar khas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!