Aira ambil masa 29 minit atasi Aifa

Addeen Idrakie (dua, kiri) dan Aira (dua, kanan) bersama piala pada Kejuaraan Skuasy Kebangsaan 2024 di Pusat Skuasy Nasional pada Ahad. Foto: Bernama
Addeen Idrakie (dua, kiri) dan Aira (dua, kanan) bersama piala pada Kejuaraan Skuasy Kebangsaan 2024 di Pusat Skuasy Nasional pada Ahad. Foto: Bernama
A
A
A

BINTANG skuasy muda negara, Aira Azman mempertahankan gelaran juara kategori wanita Kejuaraan Skuasy Kebangsaan 2024 selepas menewaskan kakaknya, Aifa di Kompleks Sukan Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Ahad.

Pada pertarungan final antara adik-beradik itu, Aira selaku penyandang juara memerlukan 29 minit untuk menewaskan Aifa, 11-7, 11-5, 10-12, 11-5 sekali gus muncul juara buat dua edisi berturut-turut.

Aira mara ke perlawanan akhir selepas menundukkan Sehveetrraa Kumar 8-11, 11-9, 11-5, 2-11, 11-3 di separuh akhir.

“Sangat gembira melangkah ke final bersama-sama kakak saya. Saya rasa telah bermain dengan baik... tetapi lebih kepada kekuatan mental kami.

“Aifa juga mahu menang dan saya pula mahu pertahankan gelaran juara,” katanya selepas perlawanan.

Kategori lelaki pula menyaksikan naib juara edisi 2023, Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar muncul juara selepas menjinakkan Mohd Syafiq Kamal 11-9, 11-3, 9-11, 11-5 dalam masa 59 minit.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!