Ribuan peserta banjiri Himpunan Pembebasan Palestin

Peserta perhimpunan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan diketuai imam dari negara Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena. Foto Bernama
Peserta perhimpunan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan diketuai imam dari negara Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ribuan orang ramai menghadiri Himpunan Pembebasan Palestin untuk menyatakan sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini bermula pada kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Himpunan dalam keadaan cuaca baik dipenuhi orang ramai yang hadir berpakaian serba putih dan mengenakan mafela sambil membawa bendera Palestin sebagai tanda solidariti mereka, dimulakan dengan Pidato Pembebasan Palestin.

Peserta perhimpunan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan diketuai imam dari negara Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena. Foto Bernama
Peserta perhimpunan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan diketuai imam dari negara Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena. Foto Bernama

Sesi pidato diteruskan selepas Tazkirah dan Tadabur Ibrah Perjuangan Palestin serta seusai solat maghrib berjemaah yang diimamkan wakil Palestin dengan jemaah memenuhi ruangan di kawasan himpunan.

Turut diadakan persembahan oleh penyanyi Amir Masdi dan Faizal Tahir serta persembahan puisi oleh personaliti Fedtri Yahya dan Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini.

Peserta perhimpunan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan diketuai imam dari negara Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena. Foto Bernama
Peserta perhimpunan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan diketuai imam dari negara Palestin pada Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena. Foto Bernama

Peserta kemudian dipertonton tayangan video khas dari Gaza dan persembahan anak-anak Palestin yang menghibakan suasana perhimpunan.

Pidato Pembebasan Palestin diteruskan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Berkaitan:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijadual menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin selepas tayangan video Belasungkawa Asy-Syahid Ismail Haniyeh.

Himpunan dijadual berakhir dengan persembahan Kumpulan Rabbani dan Awla diikuti Doa Qunut Nazilah.

Seorang peserta Ammar Abdul Razak, 40, berkata dia tiba dari Johor bersama rakan-rakan seawal 5 petang demi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas tanpa perikemanusiaan dilakukan rejim Israel.

"Saya amat terharu kerana lihat ramai rakyat daripada pelbagai latar belakang dan kaum turut bersama-sama menghadiri himpunan ini bagi melawan kekejaman Israel," katanya kepada Bernama.

Khamis lepas, Perdana Menteri berkata, himpunan solidariti itu adalah antara tindakan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh dan menyokong Palestin.

Semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir di stadium itu bagi menzahirkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!