Aaron-Wooi Yik hadiahkan pingat pertama buat Malaysia

Aaron-Wooi Yik (kanan) menghadiahkan kontinjen Malaysia pingat pertama dari Olimpik Paris 2024. Foto Majlis Olimpik Malaysia (OCM)
Aaron-Wooi Yik (kanan) menghadiahkan kontinjen Malaysia pingat pertama dari Olimpik Paris 2024. Foto Majlis Olimpik Malaysia (OCM)
A
A
A

[DIKEMAS KINI] HASRAT beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik membawa pulang kilauan pingat dari Sukan Olimpik tercapai selepas menjinakkan gandingan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen pada Ahad.

Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena itu, Aaron-Wooi Yik yang tewas set pertama 16-21 bangkit bertenaga dua set berikutnya untuk menang 22-20, 21-19 ke atas beregu nombor dua dunia tersebut dalam masa 69 minit.

Kemenangan diraih beregu nombor tiga dunia tersebut ke atas Astrup-Rasmussen, yang dijinakkan dalam tujuh daripada 11 perlawanan antara mereka sebelum ini sekali gus mengulangi pencapaian dilakar pada edisi Tokyo 2020.

Aaron-Wooi Yik membawa pulang pingat gangsa edisi Tokyo 2020 tiga tahun lalu selepas menewaskan gandingan Indonesia, Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan.

Aaron-Wooi Yik yang bermula tempang tewas set pertama 17-21 bangkit set kedua untuk menang 21-17 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan yang dimenangi 21-14.

Aaron dan Wooi Yik selepas menentang beregu lelaki Denmark Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dalam penentuan pingat gangsa acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle. Foto Bernama
Aaron dan Wooi Yik selepas menentang beregu lelaki Denmark Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen dalam penentuan pingat gangsa acara badminton pada Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena Porte De La Chapelle. Foto Bernama

“Perlawanan ini bukan berkenaan dengan game play sebaliknya kekuatan mental jangan muda mengalah dan percaya kepada rakan sepasukan.

“Ini adalah kebangkitan terhebat kami di kejohanan besar.

Artikel Berkaitan:

“Ini kali pertama jika hendak dibandingkan dengan Kejuaraan Dunia sebelum ini,” kata Aaron.

Dalam pada itu, Wooi Yik mengakui kemenangan ke atas Astrup-Rasmussen merupakan respon kepada kegagalan melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari China, Liang Weikeng-Wang Chang 19-21, 21-15, 17-21.

"Apa yang saya dan Aaron hendak beritahu kemenangan ini merupakan reaksi kepada kekalahan di separuh akhir sebelum ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!