Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh sungai

Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam sungai di Jalan Kampung Wang Tepus, Bukit Tembaga, Kampung Empa pada Ahad.
Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam sungai di Jalan Kampung Wang Tepus, Bukit Tembaga, Kampung Empa pada Ahad.
A
A
A

POKOK SENA - Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dalam sungai di Jalan Kampung Wang Tepus, Bukit Tembaga, Kampung Empa di sini pada Ahad.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian terbabit melalui talian MERS 999 kira-kira jam 4.34 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena yang diketuai Pegawai Bomba Tinggi (PBT), Bakar Saad kemudiannya digerakkan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi penyelamatan.

"Setibanya di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki berusia lingkungan 40-an dikhuatiri lemas di sungai itu.

"Susulan itu, tindakan awal pencarian mangsa telah dilakukan di permukaan air," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau memaklumkan, operasi selaman akan dilakukan pada Isnin demi meneruskan pencarian mangsa.

Ahmad Aminuddin berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Kuala Nerang dan anggota polis.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!