JDT ke final Piala FA, jumpa Selangor FC

Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (tengah) diasak oleh pemain Kedah Darul Aman FC, Abdul Halim Saari (kanan) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Foto Bernama
Pemain JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi (tengah) diasak oleh pemain Kedah Darul Aman FC, Abdul Halim Saari (kanan) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. Foto Bernama
A
A
A

[DIKEMAS KINI] JUARA bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan slot ke pentas final Piala FA setelah menewaskan Kedah Darulaman FC (KDA FC), 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad Harimau Selatan itu layak secara agregat, 5-1, hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darulaman, 19 Julai lalu.

Bermula garang sebaik wisel permulaan, JDT berpeluang meledak gol pembukaan pada minit ke-5, namun rembatan deras pemain, Juan Muniz berjaya diselamatkan penjaga gol KDAFC, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

Seminit berselang, skuad Harimau Selatan itu sekali berpeluang menjaringkan gol, namun sepakan percuma Juan Muniz pula gagal menepati sasaran.

Kesebelasan utama JDT pada aksi separuh akhir kedua, Piala FA, di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad. Foto Facebook Johor Southern Tigers
Kesebelasan utama JDT pada aksi separuh akhir kedua, Piala FA, di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad. Foto Facebook Johor Southern Tigers

Skuad kendalian Hector Bidoglioo itu kemudiannya dilihat semakin hebat mengasak dalam usaha menambah jaringan, namun tiada jaringan dapat dihasilkan hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, JDT semakin mengasak hebat dalam usaha meledak gol pembukaan.

Usaha mereka akhirnya berhasil apabila tonggak pertahanan, Muhamad Feroz Baharuddin berjaya membuka jaringan hasil tandukan Feroz Baharuddin pada minit ke-50.

Artikel Berkaitan:

Penyerang import, Bergson Da Silva, kemudiannya menjaringkan gol pada minit ke-76, sebelum Juan Muniz meledak gol ketiga pada minit ke-3.

Penghujung perlawanan menyaksikan tiada jaringan tambahan dihasilkan hingga ke wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan bakal berdepan Selangor FC yang menewaskan Terengganu FC, 4-1, (aggregat 6-4) pada satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) pada Jumaat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!