Ahli PKR desak Zuraida dipecat

Ahli PKR membuat desakan terbuka agar Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat.
Ahli PKR membuat desakan terbuka agar Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dipecat.
A
A
A

PETALING JAYA - Lebih 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat desakan terbuka agar Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin dipecat di hadapan Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.

“Pecat, pecat! Pecat Zuraida! Zuraida pengkhianat! Zuraida pengkhianat!." Itu laungan protes ahli terbabit sambil memegang sepanduk 'satu suara pecat Zuraida' di hadapan Ibu Pejabat PKR terletak di Jalan Tropicana Selatan itu.

Desakan itu dibuat selepas mengetahui Zuraida akan menyerahkan notis tunjuk sebab kepada lembaga disiplin di ibu pejabat parti berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Dalam kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Negeri Selangor sebelum ini, Zuraida akan menyerahkan notis tunjuk sebab dan seterusnya mengadakan satu sidang media.

Sementara itu, keadaan di hadapan Ibu Pejabat PKR itu bagaimanapun terkawal dengan kehadiran anggota polis.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!