Penyanyi Jay Jay meninggal dunia
KOTA DAMANSARA - [DIKEMAS KINI] Penyanyi Jay Jay atau nama sebenarnya, Mohd Fauzi Darus, 67, meninggal dunia di Hospital Thompson Kota Damansara, Selangor pada malam Ahad.
Berita duka pemergian penyanyi yang terkenal dengan lagu Rindu Bayangan itu disahkan rakan artis iaitu Datuk Hattan yang mendapat perkhabaran daripada isteri Jay Jay, Zaitoon.
Pada Jun lalu, Jay Jay mengalami lumpuh selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 23 Mei lalu.
Tidak lama kemudian, Jay Jay diserang angin ahmar dan meneruskan rawatan di Petaling Jaya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!