Malaysia #QuranHour 30 Ogos ini

Malaysia #QuranHour yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini bermula jam 10 hingga 11 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Gambar kecil: Marhaini
Malaysia #QuranHour yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini bermula jam 10 hingga 11 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Gambar kecil: Marhaini
A
A
A

SHAH ALAM - Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) mengajak seluruh umat Islam untuk menyertai program Malaysia #QuranHour yang akan diadakan pada 30 Ogos ini bermula jam 10 hingga 11 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, tema yang dibawa adalah 'Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara' bagi mendalami erti sebenar Rukun Negara menerusi surah al-Jumu'ah dan al-Hujurat.

“Menerusi program ini, kita akan menjelaskan maksud kemerdekaan menerusi penjelasan berkait rukun negara daripada dua surah tersebut.

“Surah al-Hujurat menggariskan beberapa ketandusan akhlak manusia yang sehingga kini menjejaskan perpaduan negara.

“Bagi surah al-Jumu'ah pula menceritakan mengenai perpaduan secara umum dan beberapa solusi untuk dijadikan panduan dalam mengangkat nilai murni dalam agama Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Plakat memaparkan ringkasan keseluruhan mengenai isu yang akan dikupas sewaktu Malaysia #QuranHour berlangsung pada 30 Ogos ini.
Plakat memaparkan ringkasan keseluruhan mengenai isu yang akan dikupas sewaktu Malaysia #QuranHour berlangsung pada 30 Ogos ini.

Selaku penganjur program berkenaan, Marhani menyeru penglibatan lebih ramai umat Islam di Malaysia termasuk yang berada di luar negara.

Jelasnya, bagi institusi atau organisasi yang berada jauh dari lokasi Malaysia #QuranHour diadakan, pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian menerusi platform yang disediakan penganjur.

Artikel Berkaitan:

“Lokasi perdana bagi program ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya tetapi kita sangat mengalu-alukan setiap negeri untuk melakukan aktiviti sama di tempat masing-masing.

“Begitu juga dengan rakyat Malaysia, para pelajar atau organisasi yang berada di luar negara, mereka juga boleh bersama kita untuk sama-sama mengimarahkan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos ini dengan program mendalami makna sebenar Rukun Negara,” ujarnya.

Pendaftaran bagi penglibatan secara fizikal dan 'hotspot' masih dibuka kepada umum, layari lawan sesawang https://quranhour.onpay.my/order/form/registrationmqh2024 atau mengimbas QR Code yang disediakan.
Pendaftaran bagi penglibatan secara fizikal dan 'hotspot' masih dibuka kepada umum, layari lawan sesawang https://quranhour.onpay.my/order/form/registrationmqh2024 atau mengimbas QR Code yang disediakan.

Menurut Marhaini, pendaftaran bagi penglibatan secara fizikal dan hotspot masih lagi dibuka kepada umum dan sekiranya berminat, mereka boleh melayari laman sesawang https://quranhour.onpay.my/order/form/registrationmqh2024 atau mengimbas QR Code yang disediakan.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi amat berharap lebih ramai pihak terlibat dalam penganjuran program Malaysia #QuranHour ke-10 itu agar dapat melahirkan masyarakat yang benar-benar memahami erti kemerdekaan menerusi al-Quran dan hadis.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!