Lelaki bunuh, tanam mayat isteri hamil 5 bulan belakang rumah

Irma dituduh berselingkuh oleh suami sirinya. Foto Agensi
Irma dituduh berselingkuh oleh suami sirinya. Foto Agensi
A
A
A

BANDUNG - Misteri kehilangan seorang wanita sejak tujuh bulan lalu akhirnya terjawab susulan penemuan kubur miliknya.

Paling mengejutkan mangsa dikenali sebagai Irma Novitasari berusia 24 tahun itu dibunuh suami kedua sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah mereka di Kampung Ciburial, Kecamatan Pacet, Kabupaten Bandung, Jawa Barat di Indonesia.

Bapa saudara wanita malang itu, Ilyas memberitahu kali terakhir dia menghubungi INS adalah pada 13 Januari lalu.

"Bekas suaminya dakwa dia telah melarikan diri," katanya sambil menambah mereka mendapat maklumat INS bekerja di Bali.

Jelas Ilyas, keluarga mereka berusaha mendapatkan maklumat tentang INS selepas tiga bulan dia hilang tanpa khabar berita.

"Maklumat jelas tentang keberadaannya akhirnya diperoleh daripada seseorang pada 28 Julai lalu.

"Dia mendedahkan Irma telah meninggal dunia dan dikuburkan di Kampung Ciburial. Kami bergegas ke sana dan melaporkan kepada pihak berkuasa," ujarnya lagi.

Polis kemudiannya menggali kubur yang berada di kawasan kebun di belakang rumah pelaku.

Artikel Berkaitan:

Suaminya, Asep Saepudin, 23, disahkan sebagai dalang pembunuhan tersebut dan turut dibantu rakan subahat, AG, 22, US, 30, dan AK, 21.

"AS diberkas di Bogor, Jawa Barat pada Rabu lalu manakala penahanan tiga lagi suspek dibuat di rumah masing-masing di Kabupaten Bandung.

"Siasatan awal mendapati AS tergamak menetak isterinya dengan parang hingga mati kerana khabar angin mangsa kononnya berselingkuh meskipun tiada bukti jelas.

"Paling mengejutkan mangsa juga dikatakan sedang hamil lima bulan hasil pernikahan dengan bekas suami pertamanya ketika dibunuh," jelas jurucakap polis, Kusworo Wibowo. - Agensi

@sinarharianonline

Hilang tujuh bulan, wanita hamil dibunuh suami Misteri kehilangan seorang wanita sejak tujuh bulan lalu akhirnya terjawab susulan penemuan kubur miliknya. Paling mengejutkan mangsa dikenali sebagai Irma Novitasari, 24, dibunuh suami kedua sebelum mayatnya ditanam di belakang rumah mereka di Kampung Ciburial, Kecamatan Pacet, Kabupaten Bandung, Jawa Barat di Indonesia. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Global #Indonesia #Jenayah #Bunuh #Wanita #Hamil

Emotional Cinematic Sad Violin and Piano - ISAo

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!