Tiga pelajar tahfiz bermalam di surau, demi tuisyen percuma

Afifah (kiri) maisarah (tengah) dan insyirah (kanan) ketika mengikuti kelas tuisyen percuma di Surau Al Redhuan Taman Semabok Perdana, di sini, pada Ahad.
Afifah (kiri) maisarah (tengah) dan insyirah (kanan) ketika mengikuti kelas tuisyen percuma di Surau Al Redhuan Taman Semabok Perdana, di sini, pada Ahad.
A
A
A

MELAKA - Meskipun terpaksa berulang-alik setiap minggu, namun tidak mematahkan semangat seorang guru tahfiz untuk menghantar tiga pelajarnya mengikuti tuisyen bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara percuma.

Pengasas tahfiz Smart Hufaz Wal Qoror di Paya Rumput Masjid Tanah, Nur Imlah Syafini Ahmad Fawzy, 27, berkata, walaupun ketiga-tiga mereka merupakan pelajar tahfiz namun perlu mengakui peperiksaan SPM juga penting untuk masa depan yang lebih cerah.

Menurutnya, setiap hari Sabtu dia akan bertolak dari Masjid Tanah ke Surau Al Redhuan Taman Semabok Perdana bagi memastikan ketiga-tiga individu itu termasuk dua adiknya, Nur Afifah, 18, dan Nur Isyirah, 21 serta seorang lagi pelajar dari Kelantan, Siti Maisara Iman Mahadi,17, tidak keciciran dalam pelajaran.

Nur Imlah Syafini
Nur Imlah Syafini

Katanya, terharu bukan sahaja dapat mendaftarkan pelajar tahfiz ini mengikuti tuisyen secara percuma malah pihak pengurusan masjid juga mereka membenarkan mereka bermalam di surau pada setiap minggu.

"Alhamdulillah ALLAH permudahkan segala urusan, kalau nak ikutkan banyak belanjanya kalau ulang alik sebab jarak yang jauh ditambah pula jika mendaftar di pusat tuisyen berbayar.

"Bila tahu adanya tuisyen percuma di kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem kami terus mendapatkan maklumat dengan pihak pengurusan dan dapat menumpang tidur di surau setiap minggu," katanya ketika ditemui di Surau Al Redhuan Taman Semabok Perdana, di sini, pada Ahad.

Ujarnya, biarpun adakalanya diuji dengan kerosakan kenderaan di tengah jalan, namun semua itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus menghantar mereka mendapat manfaat daripada kelas tuisyen pelbagai subjek itu.

Artikel Berkaitan:

Nur Imlah Syafini mengemas barang-barang dalam keretanya.
Nur Imlah Syafini mengemas barang-barang dalam keretanya.

Dia yang juga mempunyai Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak bersyukur ramai yang prihatin dan membantu kerana niatnya hanya satu supaya pelajar tahfiz juga mampu bersaing dengan pelajar di sekolah menengah yang lain.

"Bagi saya sijil SPM itu penting walaupun ada yang telah hafaz 30 juzuk Quran namun perlu mengimbangi dunia dan akhirat.

"Sekurang-kurangnya saya dapat berjimat kira-kira RM1,000 sebulan bagi kos pengangkutan, penginapan dan kelas tuisyen sekali gus memberi perangsang untuk calon SPM ini berjaya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!