Final yang ditunggu-tunggu peminat bola sepak - Bidoglio

Kesebelasan JDT bersama pegawai pasukan setelah tamat perlawanan. -Foto FB Johor Southern Tigers
Kesebelasan JDT bersama pegawai pasukan setelah tamat perlawanan. -Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

PENGENDALI skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio tanpa berselindung mengakui aksi berdepan Selangor FC pada perlawanan akhir Piala FA musim ini merupakan perlawanan akhir impian yang ditunggu-tunggu peminat sukan bola sepak tanah air.

Justeru menurutnya, kesebelasan Harimau Selatan itu perlu bekerja keras menjelang aksi final berkenaan selain mengekalkan fokus untuk beraksi di pentas final dan seterusnya mempertahankan trofi yang dimenangi musim lalu.

“Ya, kita akui aksi final kali ini merupakan ‘dream final’ tetapi kesemuanya akan ditentukan dalam tempoh 90 minit di mana kita perlu kekal fokus selain perlu memperbaiki mutu permainan.

“Lagi pun, beraksi di pentas final sememangnya sukar kerana dalam masa sama kita perlu meningkatkan prestasi serta kualiti yang kita ada.

“Bagaimanapun, daripada pemerhatian saya, kesemua pemain dilihat bekerja keras selain cuba untuk kekal fokus dan secara keseluruhannya, kita telah bersedia untuk beraksi di final nanti,” katanya kepada pemberita.

Bidoglio berkata demikian pada sidang akhbar sejurus tamat aksi separuh akhir kedua Piala FA berdepan Kedah Darulaman (KDA) FC, di Stadium Sultan Ibrahim, pada Ahad.

Pemain JDT, Arif Aiman Hanapi diasak pertahanan KDA FC. - Foto FB Johor SouthernTigers
Pemain JDT, Arif Aiman Hanapi diasak pertahanan KDA FC. - Foto FB Johor SouthernTigers

Skuad Harimau Selatan itu menang 3-0 sekali gus mara ke pentas final dengan agregat 5-1 hasil kemenangan 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darulaman, 19 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, sayembara antara JDT dan Selangor FC pastinya ditunggu-tunggu peminat sukan bola sepak tanah air susulan kedua-dua pasukan tidak beraksi pada aksi Piala Sumbangsih, 10 Mei, lalu.

Mengulas aksi berdepan KDA FC, Bidoglio berkata, ia ternyata satu perlawanan yang lebih sukar berbanding aksi separuh akhir pertama di Alor Setar, 19 Julai lalu.

Bagaimanapun katanya, kesebelasan JDT dilihat berjaya menangani kesukaran tersebut dan seterusnya mendominasi perlawanan hingga ke wisel penamat.

“Perlawanan dengan Kedah (KDA FC) memang sukar, tapi pemain-pemain kita telah beraksi dengan baik dan mula menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

“Kita akan berjumpa lagi pada 9 Ogos, tetapi bagi perlawanan Liga Super. Oleh itu, diharap pemain dapat bersedia secukupnya kerana ia merupakan aksi berbeza,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!