Saya sensitif dengan DAP, sebab itu sertai Pas - ADUN Rembia

Muhamad Jailani semasa berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Meranto di Gua Musang pada Ahad malam.
Muhamad Jailani semasa berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Meranto di Gua Musang pada Ahad malam.
A
A
A

GUA MUSANG - “Memaksa saya berkawan dengan DAP ia sangat sensitif.

"Disebabkan itu saya keluar menyertai Pas," demikian tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis.

Beliau mendakwa menyertai Pas kerana mahu bersama yang satu akidah, perjuangan dan satu bangsa.

"Ini perkara yang tidak boleh dijual beli.

"Soal perjuangan dan pendirian bukan perkara main-main. Kerana pada PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka lalu, saya dijanjikan oleh beberapa kepimpinan tertinggi yang mengatakan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP," katanya semasa berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Meranto di sini pada Ahad malam.

Menurut Muhamad Jailani, disebabkan itu beliau dilabel sebagai pengkhianat kerana keluar daripada UMNO dan menyertai Pas sejak Jun tahun lalu.

Ujarnya, tindakan tersebut menyebabkan beliau diugut saman oleh UMNO sebanyak RM100 juta yang boleh menyebabkannya menjadi bangkrap.

“Orang kata masuk Pas dapat duit ke? Dapat sengsara ada kerana diugut dengan saman RM100 juta yang boleh menyebabkan bangkrap," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan UMNO sudah menghantar notis tuntutan (LOD) kepada Muhamad Jailani untuk pembayaran ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta ekoran tindakannya menyertai Pas.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jailani perlu melunaskan pembayaran berkenaan kepada parti.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!