Ipoh Town Hall
Ipoh Town Hall merupakan bangunan kolonial British berusia 108 tahun bakal berubah wajah menjadi pusat aktiviti seni khususnya menjurus kepada muzik dan tarian.
Bangunan berwarna putih yang pernah menjadi pusat pentadbiran British pada awal 1917 itu mampu memuatkan kapasiti maksimum sekitar 600 orang dan dalam masa dua hingga tahun lagi, mungkin khalayak terutama penggemar seni boleh menonton pelbagai aktiviti seni di situ termasuk pementasan teater.
Semuanya bakal direalisasikan di bawah projek Ipoh Heritage Tourism (IHT) pakej 2 seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam usaha memulihara bangunan warisan yang terdapat di Ipoh agar ia terus malar segar kepada masyarakat dan tidak terbiar begitu sahaja.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!