Houthi berjaya jatuhkan dron AS di Yemen

Bangkai dron AS, MQ-9, yang didakwa telah ditembak jatuh oleh Houthi di Saada. - Foto Reuters
Bangkai dron AS, MQ-9, yang didakwa telah ditembak jatuh oleh Houthi di Saada. - Foto Reuters
A
A
A

SAADA - Pergerakan Houthi di Yemen mendakwa telah berjaya menjatuhkan dron AS 'MQ-9' di wilayah utara Saada di negara itu pada Ahad.

Memetik Reuters, perkara tersebut disahkan oleh dua sumber daripada kumpulan itu.

Serangan itu adalah yang pertama dituntut oleh Houthi sejak Israel melakukan serangan udara balas terhadap kumpulan itu di pelabuhan Hodeidah.

Namun begitu, Reuters tidak dapat mengesahkan secara bebas lokasi atau tarikh video itu dirakam.

Bulan lalu, Arab Saudi, menggesa puak Houthi 'menahan diri' daripada bertindak keterlaluan susulan serangan Israel ke atas Yemen, yang mengorbankan enam orang.

Menurut Kementerian Luar Arab Saudi, serangan Israel ke atas bandar Hodeida yang dikuasai Houthi, memburukkan lagi ketegangan di rantau itu.

AS bantu Israel siap sedia serangan Iran

Dalam perkembangan berasingan di WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) terus membantu Israel bersedia menerima serangan balas dijangkakan oleh Iran selepas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran.

Artikel Berkaitan:

Kirby memaklumkan bahawa AS masih percaya perjanjian gencatan senjata adalah cara terbaik untuk membawa perang ini berakhir. - Foto fail/Reuters
Kirby memaklumkan bahawa AS masih percaya perjanjian gencatan senjata adalah cara terbaik untuk membawa perang ini berakhir. - Foto fail/Reuters

Walau bagaimanapun, penyelaras komunikasi strategik di Majlis Keselamatan Negara, John Kirby memaklumkan bahawa AS masih percaya perjanjian gencatan senjata adalah cara terbaik untuk membawa perang ini berakhir.

"Saya hanya akan mengatakan beberapa perkara: Nombor satu, kami masih percaya perjanjian gencatan senjata adalah cara terbaik untuk menamatkan perang ini.

"Lihat, apabila pemimpin tertinggi berkata dia akan membalas dendam, kita perlu mengambil serius. Sekarang, saya tidak tahu apa yang mereka akan lakukan atau bila mereka akan melakukannya, tetapi kita perlu memastikan bahawa kita sudah bersedia.

"Kita mempunyai keupayaan di rantau ini untuk menjadi mampu membantu Israel mempertahankan dirinya dan, terus terang, mempertahankan rakyat kita sendiri, kemudahan kita sendiri, kepentingan keselamatan negara kita sendiri," katanya.

Terdahulu, Pengawal Revolusi Iran berkata Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Tehran menggunakan peluru jarak dekat dengan kepala peledak kira-kira 7 kilogram, dan berjanji akan membalas dendam.

Pembunuhan Ismail pada Rabu lalu telah menimbulkan kebimbangan kemungkinan konflik secara langsung antara Tehran dan musuh ketatnya, Israel di wilayah yang digegarkan oleh perang Israel di Gaza dan konflik yang semakin buruk di Lubnan. - Awani

@sinarharianonline

Houthi berjaya jatuhkan dron AS di Yaman Pergerakan Houthi di Yaman mendakwa telah berjaya menjatuhkan dron AS 'MQ-9' di wilayah utara Saada di negara itu pada Ahad. Serangan itu adalah yang pertama dituntut oleh Houthi sejak Israel melakukan serangan udara balas terhadap kumpulan itu di pelabuhan Hodeidah. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Global #Yaman #USA #Israel #Houthi #Dron

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!