Menangis gagal dapat pingat Olimpik, terpaksa jalani khidmat ketenteraan

Kim (kiri) dilihat mengesat air mata selepas gagal meraih pingat di Sukan Olimpik.
Kim (kiri) dilihat mengesat air mata selepas gagal meraih pingat di Sukan Olimpik.
A
A
A

ATLET Korea Selatan, Tom Kim gagal meraih podium dalam acara golf Olimpik lelaki walaupun menamatkan saingan 13 di bawah par selepas empat pusingan.

Pemain berusia 22 tahun itu dilihat menangis di rumah kelab di Le Golf National selepas pusingan terakhirnya.

Dia bukan sahaja terlepas pingat Olimpik tetapi, dia juga gagal mendapatkan pengecualian daripada perkhidmatan tentera di negaranya.

Undang-undang di Korea Selatan mewajibkan semua rakyat lelaki melengkapkan perkhidmatan tentera untuk tempoh 18-21 bulan dan mereka mesti mendaftar sebelum umur 28 tahun.

Sesetengah individu diberi pengecualian berdasarkan isu kesihatan fizikal dan mental, manakala bukan perkara biasa bagi keluarga kaya menghantar anak ke sekolah asing untuk mendapatkan kerakyatan duel.

Satu lagi cara untuk dikecualikan daripada undang-undang tersebut di Korea Selatan ialah memenangi pingat Olimpik dalam sebarang warna, atau emas di Sukan Asia.

Penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min mengetuai Korea Selatan untuk meraih emas dalam acara bola sepak lelaki di Sukan Asia 2018 dan hanya perlu menghabiskan tiga minggu latihan asas, bukannya 21 bulan.

Kim masih boleh dikecualikan jika memenangi emas di Sukan Asia 2026 di Jepun, atau mana-mana pingat di Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Kim telah memenangi tiga gelaran PGA dalam kerjayanya sehingga kini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!