Koronavirus: UUM saring pelajar dari China

UUM memandang serius sebarang risiko penyebaran jangkitan virus itu di universiti yang mempunyai ramai pelajar antarabangsa termasuk 422 dari China.
UUM memandang serius sebarang risiko penyebaran jangkitan virus itu di universiti yang mempunyai ramai pelajar antarabangsa termasuk 422 dari China.
A
A
A

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menyaring semula tahap kesihatan pelajar warga China yang baru tiba walaupun telah melalui prosedur itu di pintu masuk negara ini sebagai langkah berwaspada terhadap jangkitan koronavirus.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Profesor Dr Yusnidah Ibrahim berkata, saringan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) sebaik pelajar berkenaan tiba di universiti bertujuan menjamin kesihatan warga kampus berada pada tahap optimum.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, UUM memandang serius sebarang risiko penyebaran jangkitan virus itu di universiti yang mempunyai ramai pelajar antarabangsa termasuk 422 dari China.

Katanya, UUM juga memutuskan beberapa langkah proaktif bagi tujuan pencegahan termasuk menangguhkan segala aktiviti staf dan pelajar ke China buat sementara waktu.

"Warga UUM juga dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan segera di PKU atau mana-mana fasiliti kesihatan terdekat jika mengalami demam, batuk atau kesukaran bernafas," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!