Wan Rosdy mulakan tugas di PPSAS

Wan Rosdy (kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Yaacob di PPSAS pada Isnin. Pix credit FB Wan Rosdy Wan Ismail
Wan Rosdy (kanan) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Zulkifli Yaacob di PPSAS pada Isnin. Pix credit FB Wan Rosdy Wan Ismail
A
A
A

KUANTAN - Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memulakan tugas secara rasmi di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS), KotaSAS, di sini pada Isnin selepas Wisma Sri Pahang beroperasi lebih 50 tahun.

Dalam hantaran Facebook miliknya, beliau memberitahu PPSAS merupakan pusat pentadbiran baharu Kerajaan Negeri Pahang.

Menurutnya, ia bagi menggantikan Wisma Sri Pahang yang telah beroperasi sejak 28 Februari 1970.

"Semoga Allah SWT mengurniakan rahmat dan keberkatan agar negeri Pahang terus aman, makmur dan sejahtera," ujarnya lagi.

Dalam hantaran tersebut, Wan Rosdy juga memuat naik beberapa keping gambar beliau di pusat pentadbiran baharu itu.

Wan Rosdy
Wan Rosdy

Sementara itu, PPSAS dilaporkan bernilai RM415.52 juta telah mula dibina pada 2016 dan dibangunkan dengan reka bentuk yang diilhamkan daripada jata negeri Pahang serta mengaplikasikan teknologi hijau.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ketika itu Yang di-Pertuan Agong telah berkenan menyempurnakan perasmian PPSAS pada 7 Disember tahun lepas.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!