[VIDEO] Islamik Fesyen Festival#QuranHour: Dedah konsep fesyen mengikut panduan al-Quran

A
A
A

PEKAN - Tiga surah yang terkandung dalam al-Quran berhubung etika berpakaian perlu dijadikan panduan oleh pereka fesyen supaya tidak bercanggah dengan pematuhan yang ditetapkan Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff berkata, panduan mengenai pakaian itu dijelaskan dalam surah Al-'Araf, An-Nur dan Al-Ahzab.

Marhaini, Ahmad Farid
Marhaini, Ahmad Farid

Justeru, menurutnya, pendedahan mengenai pakaian takwa itu diadakan sempena Islamik Fesyen Festival #QuranHour dengan kerjasama Muzium Pahang.

"Ini adalah satu peluang yang perlu direbut oleh pereka fesyen dan ia juga selari dengan hasrat kita untuk mengal-Qurankan bangsa dan mengikhlaskan ummah pada tahun 1500 Hijrah.

"Malah, kita juga mahu mengal-Qurankan fesyen itu sendiri, dan kita mencari garis panduan daripada al-Quran untuk menyemarakkan lagi industri fesyen yang mengikut sunnah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Harian pada program Islamik Fesyen Festival “Discover The Beauty of Modesty” #QuranHour” di Panggung Tun Razak, Muzium Sultan Abu Bakar di sini, pada Isnin.

Pentadabbur, Fazrul menjelaskan etika berpakaian mengikut panduan al-Quran pada
Program Islamik Fesyen Festival “Discover The Beauty of Modesty” #QuranHour” di Panggung Tun Razak, Muzium Sultan Abu Bakar di sini, pada Isnin
Pentadabbur, Fazrul menjelaskan etika berpakaian mengikut panduan al-Quran pada Program Islamik Fesyen Festival “Discover The Beauty of Modesty” #QuranHour” di Panggung Tun Razak, Muzium Sultan Abu Bakar di sini, pada Isnin

Artikel Berkaitan:

Program itu dilaksanakan oleh Pentadabbur, Fazrul Ismail yang merupakan Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan dua qari My #QuranTime iaitu, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Ahmad Tirmizi Ali.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Datuk Ahmad Farid Abd Jalal bersama lebih 100 tetamu termasuk wakil dari negara jiran, Indonesia.

Sebahagian tetamu yang hadir membaca ikrar pada program Islamik Fesyen Festival “Discover The Beauty of Modesty” #QuranHour” di Panggung Tun Razak, Muzium Sultan Abu Bakar di sini, pada Isnin
Sebahagian tetamu yang hadir membaca ikrar pada program Islamik Fesyen Festival “Discover The Beauty of Modesty” #QuranHour” di Panggung Tun Razak, Muzium Sultan Abu Bakar di sini, pada Isnin

Marhaini memberitahu, panduan yang diberikan menerusi program itu dapat membantu pereka fesyen menjadi lebih kreatif dalam mencipta dan mengeluarkan pakaian lebih Islamik.

"Kita harap ia akan membantu pereka fesyen untuk membina kreativiti mereka menghasilkan rekaan yang akan menjadi jalan untuk mereka ke syurga nanti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Farid berkata, ini kali pertama Muzium menampilkan tajuk khusus tentang fesyen dari sudut pandangan Islam dalam #QuranHour.

Tetamu hadir termasuk pelajar sekolah mendengar etika berpakaian pada
rogram Islamik Fesyen Festival “Discover The Beauty of Modesty” #QuranHour” di Panggung Tun Razak, Muzium Sultan Abu Bakar di sini, pada Isnin.
Tetamu hadir termasuk pelajar sekolah mendengar etika berpakaian pada rogram Islamik Fesyen Festival “Discover The Beauty of Modesty” #QuranHour” di Panggung Tun Razak, Muzium Sultan Abu Bakar di sini, pada Isnin.

Jelasnya, kelainan ini dibuat bagi memberi penjelasan bagaimana Islam melihat pakaian atau fesyen dan ia pastinya memberi satu perspektif baharu kepada tetamu hadir termasuk pereka fesyen.

"Kita boleh nampak jelas, apa yang dibincangkan oleh pentadabbur bahawa ada tiga kategori penting dalam fesyen iaitu bagaimana berpakaian di luar, di dalam rumah dan di bilik.

"Bila kita melihat fesyen, kita perlu melihat dalam bentuk tiga kategori ini, dan berharap ia mendidik masyarakat mengenai fesyen dan Islam," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!