'Pas perlu hormati komponen lain dalam PN' - Aliff Taufid

Aliff
Aliff
A
A
A

SHAH ALAM - Pas seharusnya bersikap terbuka dan tidak menyinggung mana-mana parti dalam komponen Perikatan Nasional (PN) terutama bagi menarik sokongan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Bekas calon Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama, Aliff Taufid berkata, sebagai sebuah parti lama, Pas sepatutnya menghormati kenyataan daripada pelbagai pemimpin PN bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap gabungan itu.

"Kenyataan-kenyataan pemimpin PAS yang dilihat ekstrem selama ini terus difahami oleh pemimpin dan ahli-ahli Gerakan.

"Namun, apabila pemimpin Gerakan membuat kenyataan yang dilihat memenuhi jiwa rakyat bukan bumiputra, Pas tidak menghormati Gerakan, sedangkan mereka tahu Gerakan perlu mengambil semula kepercayaan rakyat Malaysia terutamanya daripada masyarakat Cina," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelas Aliff, Pas juga perlu bersikap matang seperti yang telah ditunjukkan rakan komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

"(Keharmonian antara parti komponen) penting demi mengekalkan kepentingan sejagat supaya PN menjadi pilihan pelbagai bangsa sekali gus mengamalkan konsep majmuk.

Beliau turut mengingatkan Pas tidak menjadi 'abang besar' dalam PN sedangkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya juga banyak disumbangkan rakan komponen lain.

"Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tidak perlu membuat kenyataan yang menyuruh Gerakan keluar dari PN.

Artikel Berkaitan:

"Sebaliknya saya mencabar Pas untuk bertanding atas logo parti sendiri jika hebat, adakah boleh mereka menang semua kerusi seperti di Terengganu tanpa bantuan dan sokongan dari Gerakan dan Bersatu," tambah beliau.

Sebelum ini, kedua-dua parti itu berbalas kenyataan membabitkan isu penglibatan syarikat arak dalam program sumbangan dana kepada sebuah sekolah vernakular, baru-baru ini.

Kedua-dua pihak menzahirkan pandangan berbeza hingga mendorong segelintir pemimpin Pas mengkritik Gerakan secara terbuka dan sebaliknya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!