Bekas ejen agensi pelancongan dituduh tawar pakej umrah tanpa lesen sah

Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas. Gambar hiasan
Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas ejen agensi pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin atas pertuduhan menawarkan pakej umrah tanpa lesen sah, dua tahun lepas.

Nur Zaidani Akmal Abd Majid, 40, didakwa menawarkan pakej itu tanpa lesen sah yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di sebuah bank di Pusat Bandar Utara di Sentul di sini pada jam 10.11 malam, 10 Disember 2022.

Ibu enam anak itu didakwa mengikut Seksyen 5(2) Akta Industri Pelancongan 1992 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Asisten Komisioner Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Lejerod Limpuong yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan tiada pendapatan tetap serta mempunyai tanggungan keluarga.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan Nur Zaidani Akmal diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!