UniSZA terima akreditasi dari Arab Saudi

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah mengabadikan gambar kenangan bersama delegasi Arab Saudi dan pihak UniSZA.
Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah mengabadikan gambar kenangan bersama delegasi Arab Saudi dan pihak UniSZA.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sekali lagi melakar kejayaan apabila menerima pengiktirafan akreditasi dalam bidang pendidikan daripada kerajaan Arab Saudi.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam bersama Atase Kebudayaan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Dr Fahad Mohammed Alsehmmeri telah menerima perkenan untuk sembah menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga merupakan Canselor UniSZA.

Mereka menghadap baginda untuk mempersembahkan surat pengesahan akreditasi tersebut di Istana Syarqiyyah di sini.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam menyatakan menerusi pengiktirafan tersebut, pihaknya berharap dapat menarik lebih ramai pelajar dari Arab Saudi serta memperkukuhkan kerjasama dengan institusi yang berada di negara itu.

Dr Fahad Mohammed (kanan) menyerahkan surat pengesahan akreditasi kepada Sultan Mizan.
Dr Fahad Mohammed (kanan) menyerahkan surat pengesahan akreditasi kepada Sultan Mizan.

Beliau berkata, pihaknya optimis bahawa kerjasama itu akan membuka peluang bagi pertukaran pengetahuan, penyelidikan bersama dan program mobiliti pelajar yang dapat memperkaya pengalaman akademik serta budaya kedua-dua belah pihak.

"Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian penting kepada UniSZA yang menunjukkan komitmen dalam menyediakan pendidikan berkualiti tinggi dan memenuhi standard antarabangsa.

"Kami sangat berbesar hati menerima pengiktirafan tersebut dan ia adalah bukti usaha keras dan dedikasi semua warga UniSZA.

Artikel Berkaitan:

"Kami sentiasa komited untuk terus meningkatkan kualiti pendidikan serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang terbaik," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Dr Fahad Mohammed (dua dari kiri) menyerahkan surat pengesahan akreditasi kepada Sultanah Nur Zahirah.
Dr Fahad Mohammed (dua dari kiri) menyerahkan surat pengesahan akreditasi kepada Sultanah Nur Zahirah.

Sebelum ini, delegasi Arab Saudi turut mengadakan perbincangan dan pembentangan bersama wakil Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam di Bangunan Canselori sebelum meluangkan masa melawat Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA).

Mengulas lanjut, Fadzli berkata, pengiktirafan tersebut memberi satu lonjakan motivasi untuk UniSZA terus muncul sebagai pusat pendidikan terulung di peringkat antarabangsa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!