Sembilan maut terkena renjatan elektrik di Bihar, India
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya sembilan maut manakala dua lagi cedera akibat terkena renjatan elektrik di Bihar, India pada malam Ahad.
Kejadian berlaku di daerah Vaishali, apabila kenderaan yang mereka naiki bersentuhan dengan kabel bervoltan tinggi, menurut laporan media tempatan pada Isnin.
Rombongan itu dilaporkan dalam perjalanan ke kuil untuk melakukan ritual air.
Mereka menyertai "Kanwar Yatra," iaitu ziarah tahunan ke Sungai Ganges semasa bulan lunar Hindu Shravan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!