Sukma 2024: Perlis tawar RM5,000 atlet raih pingat emas acara individu

Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (enam dari kiri) dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar bersama Mohd Shukri (empat dari kiri) serta barisan Exco dan atlet pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Perlis ke temasya Sukma Sarawak 2024 di Stadium Tuanku Syed Putra malam tadi. Foto Bernama

A
A
A
ATLET Perlis yang berjaya meraih pingat emas acara individu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak akan menerima insentif wang tunai RM5,000.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, wang tunai RM1,000 akan diberikan kepada pemenang pingat emas sejurus selepas berjaya merangkul pingat, manakala bakinya akan disampaikan pada Majlis Apresiasi Atlet Sukma nanti.

Beliau berkata, pemenang acara individu yang meraih pingat perak pula akan menerima insentif wang tunai RM3,700 manakala atlet acara individu yang memenangi pingat gangsa RM2,400.

"Insentif tunai RM700 akan diberikan kepada atlet yang meraih pingat perak sejurus selepas merangkul pingat dan RM400 untuk pingat gangsa, dengan bakinya disampaikan semasa Majlis Apresiasi nanti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, atlet Perlis akan terlibat dalam lapan sukan teras Majlis Sukan Negara (MSN) pada temasya sukan berkenaan iaitu olahraga, angkat berat, taekwondo, boling padang, silat, menembak, pelayaran dan sepak takraw.
Artikel Berkaitan:

Kontinjen Perlis ke temasya Sukma 2024 nanti mengandungi 398 orang yang terdiri daripada 114 pegawai dan 284 atlet yang akan mengambil bahagian dalam 28 jenis sukan.

Sukma 2024 berlangsung dari 17 Ogos hingga 24 Ogos, melibatkan pelbagai acara sukan yang dipertandingkan di sembilan bahagian di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Miri dan Betong. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!