MBPJ anjur 23 program sempena Hari Kebangsaan

Mohamad Zahri (empat dari kanan) bergambar semasa Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Petaling Jaya di Dewan Banquet MBPJ pada Isnin.
Mohamad Zahri (empat dari kanan) bergambar semasa Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Petaling Jaya di Dewan Banquet MBPJ pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merangka sebanyak 23 program menarik sepanjang bulan Ogos hingga September bagi menyemarakkan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-67.

Sekretariat Media, Unit Komunikasi Korporat MBPJ memaklumkan, antara program itu seperti Pertandingan Nyanyian Patriotik 2024, Pertandingan Hiasan Kibar Jalur Gemilang, PJ Half Marathon 2024 dan Program Mesra Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan dan Hari Bertemu Pelanggan.

"Selain itu, terdapat juga pelaksanaan beberapa program menarik lain anjuran Ahli-Ahli Majlis MBPJ seperti Gotong-Royong Kemerdekaan, Semarak Kemerdekaan, Edaran Jalur Gemilang dan Sambutan Hari Kemerdekaan dan vaksin kepada warga emas," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, MBPJ menganjurkan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2024 Peringkat Petaling Jaya di Dewan Banquet MBPJ di sini.

Majlis pelancaran itu disempurnakan, Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon.

Turut diadakan sesi pemasangan bendera pada kenderaan Majlis, agensi dan orang awam di Jalan Yong Shook Lin.

Penganjuran kempen itu merupakan salah satu inisiatif MBPJ menggalakkan agensi kerajaan, swasta dan seluruh warga Petaling Jaya untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kebanggaan dan kesetiaan kepada

negara tercinta.

Artikel Berkaitan:

MBPJ turut berharap penganjuran kempen itu dapat menyemarakkan lagi semangat Hari Kebangsaan dalam kalangan penduduk Petaling Jaya dan memupuk semangat perpaduan dan kekitaan yang kuat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!