Jerman menang triathlon campuran di tengah kontroversi pencemaran Sungai Seine

Dari kiri, pemenang pingat emas triathlon campuran Jerman, Tim Hellwig, Lisa Tertsch, Lasse Luehrs dan Laura Lindemann. Foto AFP
Dari kiri, pemenang pingat emas triathlon campuran Jerman, Tim Hellwig, Lisa Tertsch, Lasse Luehrs dan Laura Lindemann. Foto AFP
A
A
A

JERMAN memenangi acara triathlon campuran di Sukan Olimpik Paris pada Isnin selepas penganjur memutuskan untuk meneruskan acara renang di Sungai Seine.

Belgium menarik diri daripada acara terbabit susulan seorang atletnya, Clair Michel jatuh sakit akibat E.coli.

Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan bahawa Amerika Syarikat meraih tempat kedua dan Britain memenangi gangsa dalam edisi kedua acara Olimpik ini.

Kualiti air di Sungai Seine menjadi kontroversi utama pada temasya kali ini, dengan penganjur berkeras mengadakan acara renang di sungai berkenaan meskipun ujian baharu menunjukkan ia terlalu tercemar.

Sesi latihan pertama untuk para atlet sebelum ini dibatalkan kerana pencemaran di Sungai Seine dan perlumbaan individu minggu lalu ditangguhkan sehari.

Atlet Jerman yang terdiri daripada Tim Hellwig, Lisa Tertsch, Lasse Lührs dan Laura Lindemann muncul juara dalam perlumbaan mendebarkan di Pont Alexandre III.

Pasukan pilihan, Perancis terlepas peluang memenangi pingat akibat atletnya Pierre le Corre terjatuh selepas berlanggar dengan atlet New Zealand, Hayden Wilde pada pusingan kedua berbasikal di selekoh. - Bernama

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Jerman menang triathlon campuran di tengah kontroversi pencemaran Sungai Seine #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #Olimpik #Paris #SungaiSeine #Renang #Triathlon #Jerman

News - AShamaluevMusic

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!