Jurulatih Slovenia cetus spekulasi pasukan bola baling Olimpik mahu kalah

Uros Zorman. Foto AFP
Uros Zorman. Foto AFP
A
A
A
JURULATIH Slovenia, Uros Zorman memberi bayangan beliau tidak kecewa selepas tewas 36-29 kepada Jerman dalam aksi peringkat kumpulan bola baling lelaki Olimpik pada Ahad.

Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan kedua-dua pasukan telah layak ke peringkat seterusnya, tetapi kemenangan dan tempat teratas dalam kumpulan bermakna pertemuan dengan Juara Olimpik dan Eropah, Perancis. Slovenia kini berdepan Norway.

"Kami tidak mahu mengulangi kesilapan yang kami lakukan di Rio apabila kami bertemu Denmark di suku akhir dan sebenarnya hanya mempunyai satu peratus peluang untuk berjaya. Kali ini kami berkata kami mahu menjadi lebih bijak dan lebih arif,” kata Zorman kepada pemberita selepas kekalahan itu.

Zorman meletakkan beberapa pemain utama di bangku simpanan pada separuh masa pertama. Bagaimanapun, ini juga berlaku kepada pasukan Jerman, yang merehatkan beberapa bintang mereka.

"Akan ada kritikan pada akhirnya, tetapi kami tahu mengapa kami di sini. Kami membuat keputusan bersama dan tiada apa yang perlu dikritik terhadap pemain,” kata Zorman.
Artikel Berkaitan:


Jurulatih Jerman, Alfred Gislason enggan percaya ada sesuatu yang "tidak kena” berlaku.

"Banyak perbincangan mengenai sama ada kedua-dua pasukan mahu menang atau kalah. Pada akhirnya, kedua-dua pasukan datang untuk menang. Ia juga hampir mustahil untuk masuk ke dalam perlawanan seperti ini dan berkata kami hanya mahu bermain separuh tenaga,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!