Projek jalan baharu Jambatan Bertam siap 60 peratus

Ahmad (kiri) menunjukkan tahap perkembangan projek pembinaan jalan baharu di Bertam Lama, Gua Musang pada Isnin.
Ahmad (kiri) menunjukkan tahap perkembangan projek pembinaan jalan baharu di Bertam Lama, Gua Musang pada Isnin.
A
A
A

GUA MUSANG - Projek pembinaan jalan baharu dari Jambatan Bertam ke Jalan Negeri D235 dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini telah siap sebanyak 60 peratus.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, baki pelaksanaan projek yang menelan belanja lebih RM9.039 juta itu di jangka siap sepenuhnya pada Mac tahun depan.

Katanya, pembinaan jalan perhubungan sejauh kira-kira 750 meter tersebut merupakan kesinambungan kepada Projek Membina Jalan dan Jambatan dari Kampung Bertam Baru ke Kampung Bertam Lama.

"Apabila siap nanti ia akan memberikan kemudahan kepada 5,000 orang penduduk di kawasan kampung yang berdekatan sekitar jalan ini bagi pengedaran hasil pertanian, pusat pemasaran perniagaan dan memudahkan pengeluaran

"Maka kita perbaiki, apabila siap kelak jalan ini bakal meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja bagi memantau kemajuan fizikal projek tersebut di Kampung Bertam Lama di sini pada Isnin.

Ahmad berkata, terdapat 22 unit struktur penempatan sedia ada yang berstatus pendudukan tidak sah di atas tanah kerajaan sepanjang jajaran projek tersebut.

Katanya, satu pengumuman berhubung tuntutan kesemua 22 unit struktur berkenaan akan dibuat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selaku pemilik projek dalam tempoh terdekat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berharap pengundi di DUN Nenggiri dapat memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu pada 17 Ogos nanti.

Katanya, di kawasan Nenggiri banyak tempat berada di bawah kerajaan Persekutuan iaitu sembilan kampung tradisi yang banyak memerlukan bantuan KKDW, lima kawasan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), lima kawasan Orang Asli ( di bawah Jabatan Kemajuan Orang Asli) dan satu kawasan Felda.

"Calon yang mewakili (parti) kerajaan Persekutuan ialah Awie (Mohd Azmawi), oleh itu untuk memudahkan dan memantapkan pembangunan di kawasan ini perlu beri peluang kepada Awie untuk jadi wakil rakyat.

"Kita nak calon yang mendukung kerajaan Persekutuan untuk memudahkan segala urusan dengan agensi kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!