Wanita ditemui rentung, bilik terbakar

Mangsa ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah unit apartmen di Taman Paramount, di Petaling Jaya, pada Isnin.
Mangsa ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah unit apartmen di Taman Paramount, di Petaling Jaya, pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah unit apartmen di Taman Paramount, di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 5.42 petang.

"Seramai 10 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran itu berlaku di bahagian bilik sebuah rumah di tingkat satu apartmen tersebut.

"Wanita itu telah terbakar 60 peratus, kebakaran hanya melibatkan katil dan tilam, tidak melibatkan struktur bangunan," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!