Hujan lebat di China korbankan lebih 100 orang, lebih 100 lagi hilang
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh di wilayah barat daya Sichuan pada hujung minggu selepas bandar Kangding dilanda banjir kilat dan tanah runtuh, lapor agensi berita negara Xinhua pada Isnin, memetik pihak berkuasa tempatan.
Sebuah jambatan lebuh raya runtuh dan beberapa rumah juga musnah.
Terdapat beberapa insiden serupa dengan kematian di China pada musim panas ini. Banjir kilat meruntuhkan bahagian jambatan sepanjang 40 meter di wilayah Shaanxi pada 19 Julai. Sekurang-kurangnya 38 orang kehilangan nyawa dan pencarian 24 orang yang hilang masih diteruskan.
Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam satu lagi banjir kilat di sebuah kampung di Sichuan dan 25 yang lain masih hilang berikutan kejadian itu.
Sekurang-kurangnya 48 orang juga maut di wilayah Hunan di tengah China dalam beberapa hari kebelakangan ini, dalam insiden banjir yang berlaku di banyak tempat. Sekurang-kurangnya 35 orang masih hilang di sana.
Secara keseluruhan, insiden itu mengorbankan 108 orang dan sekurang-kurangnya 103 yang lain masih hilang di seluruh China.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!