Taufan Tropika Debby: Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihat berwaspada

Wisma Putra
Wisma Putra
A
A
A
PUTRAJAYA - Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat sedang memantau dengan teliti pergerakan Taufan Tropika Debby.

Ketika ini, taufan Kategori-1 itu dijangka melanda Big Bend, Florida sekitar tengah hari 5 Ogos, kata kenyataan itu pada Isnin.

Taufan itu dijangka terus bergerak ke timur ke kawasan pesisir Georgia dan Carolina Selatan.

"Kami menggesa rakyat Malaysia di kawasan terjejas untuk terus berwaspada dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti sepanjang musim taufan dan memberikan kemas kini yang diperlukan,” menurut kenyataan itu.
Artikel Berkaitan:


Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia yang terletak di: 777 South Figueroa Street, Suite 600, Los Angeles, California, atau melalui panggilan telefon di: +1-213-892 1238 atau e-mel: mwlosangeles@kln.gov.my - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!