Anwar bantu ringankan kos perubatan Seniwati Safiah Ibrahim
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar berkata, sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya pagi tadi.
"Beliau perlu segera menjalani prosedur pembedahan mata bagi mengelak komplikasi yang tidak diingini.
"Justeru, saudara Farhan telah menyampaikan sumbangan bagi pihak saya untuk meringankan beban kos perubatan,” katanya.
Perdana Menteri turut berharap pembedahan Safiah yang berlakon dalam filem Dr Rushdi di samping seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P Ramlee berjalan lancar dan lekas diberi kesembuhan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!