Bawa pulang pingat atau tidak, perjuangan atlet di Paris dihargai - Ahmad Zahid
Beliau berkata, kejayaan para atlet bukan sahaja diukur melalui pencapaian pingat, tetapi juga melalui semangat juang dan usaha keras yang telah ditunjukkan.
"Terima kasih Raja Pecut Negara - Muhammad Azeem Mohd Fahmi, atlet berbasikal lebuh raya wanita negara - Nur Aisyah Mohamad Zubir dan atlet pelayaran negara - Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif.
"Kejayaan mereka untuk bertanding di peringkat antarabangsa, satu kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia. Teruskan berjuang dan bangkit dengan lebih kuat!,” katanya menerusi hantaran di platform X, malam ini.
Malaysia setakat ini telah meraih dua pingat gangsa yang dihadiahkan oleh kem badminton negara melalui kejayaan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik semalam, serta pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia, malam ini.
Seramai 26 orang atlet Malaysia daripada sembilan jenis sukan membawa cabaran negara pada Sukan Olimpik Paris 2024. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!