SMK Meru juara Piala Sumbangsih B-18

SMK Meru muncul juara Piala Sumbangsih Kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18.
SMK Meru muncul juara Piala Sumbangsih Kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18.
A
A
A

PASUKAN Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru muncul juara Piala Sumbangsih Kejuaraan Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) selepas menewaskan SMK Dato Harun menerusi penentuan penalti pada Isnin.

Kemenangan dalam aksi pembuka tirai itu sekali gus menjadi amaran awal dalam usaha SMK Meru mengekalkan gelaran liga Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 pada musim ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di padang sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19 itu, SMK Meru terlebih dahulu di hadapan menerusi gol Nor Ikhwan Norisham sebelum sepakan penalti hujung permainan oleh Nur Ariff Shahmi Mohamed Shah mengikat kedudukan.

Dalam penentuan penalti, SMK Meru lebih unggul untuk menang 4-2 sekali gus membawa pulang piala kejuaraan.

No Image Caption

Hadiah disampaikan Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad), Ahmad Fariz Hassan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan, Datuk Emran Kadir.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih SMK Meru, Muhammad Nazreen Naim menyifatkan kejayaan tersebut sebagai permulaan baik pasukannya mempertahankan kejuaraan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pemainnya beraksi dengan baik mengikut segala persiapan dan taktikal rapi yang telah diatur.

"Kita menurunkan kesebelasan terbaik dan memang sudah menjangka perlawanan sukar berdepan lawan.

"Namun, pemain membuktikan mereka dapat menunjukkan kualiti mereka dan kredit kepada pengurusan, jurulatih, pentadbir sekolah serta PIBG yang sentiasa memberikan sokongan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!