Pengisian jiwa merdeka

Malaysia #QuranHour yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini bermula jam 10 hingga 11 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Gambar kecil: Fazrul
Malaysia #QuranHour yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini bermula jam 10 hingga 11 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Gambar kecil: Fazrul
A
A
A

SHAH ALAM - Program Malaysia #QuranHour 2024 menitikberatkan transformasi sosial untuk umat Islam menuju ke arah kebaikan dalam mengisi kemerdekaan.

Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, ia dikaitkan dengan tema program berkenaan untuk memberikan penyelesaian kepada isu yang sedang berlaku di peringkat global atau kebangsaan.

“Kita inginkan masyarakat untuk menuju ke arah kebaikan dalam mengisi kemerdekaan, jika tidak diisi maka negara yang sudah merdeka hari ini akan dipenuhi dengan keburukan.

“Negara ini terjajah bukanlah daripada orang luar, tetapi daripada keburukan atau kerosakan yang dilakukan oleh rakyat sendiri,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Program Malaysia #QuranHour 2024 anjuran WUIF akan berlangsung selama satu jam bermula 10 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 30 Ogos ini.

Tema yang dibawakan adalah ‘Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara’ bagi mendalami erti sebenar Rukun Negara berpandukan surah Al-Jumu’ah dan Al-Hujurat.

Fazrul turut menjelaskan bahawa tema Malaysia #QuranHour 2024 berkait dengan lima Rukun Negara yang biasa dilafazkan di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

“Dalam surah Al-Hujurat menyatakan adab ketika bercakap, jangan memfitnah dan meninggikan suara, bukan sahaja diguna pakai kepada orang terdahulu, tetapi untuk diperjuangkan oleh masyarakat sekarang,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, apabila tasbih diucap dalam ayat pertama surah Al-Jumu’ah, ia memastikan setiap orang mengangkat kepercayaan kepada Tuhan sepertimana satu daripada lima prinsip Rukun Negara.

Selain itu, ujarnya, masyarakat perlu mengambil peluang untuk berinteraksi dengan al-Quran untuk mengisi kemerdekaan dengan kesyukuran.

Ujarnya, mereka dinasihatkan untuk mendalami satu demi satu surah untuk dibaca, difahami dan diamalkan supaya nilai baik daripada kitab suci itu menjamin kemerdekaan secara berterusan.

“Dengan tindakan umat Islam sekarang, ia akan diikuti oleh generasi baharu,” katanya.


INFO

Tema Malaysia #QuranHour

2017 - Negara Berbudi dan Penyayang

2018 - 9 Budaya Membina Tamadun

2019 - Pesan Kemerdekaan Surah Al-Kahf

2020 - 4 Nikmat Yang Didustakan

2021 - Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang

2022 - Malaysia Bersujud: Keluarga Malaysia Teguh Bersama

2023 - Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar

2024 - Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!