Bukan dasar kerajaan halang pelancong kunjungi masjid: Tun M

Dr Mahathir bercakap pada sidang media berkaitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
Dr Mahathir bercakap pada sidang media berkaitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bukan dasar kerajaan menghalang pelancong bukan Islam daripada mengunjungi lokasi tumpuan pelancong termasuk masjid.

"Tiada tempat yang tidak boleh dilawati pelancong," katanya.

Ahad lalu, Masjid Putra di sini ditutup untuk lawatan bermula jam 2 petang tadi susulan kebimbangan terhadap wabak koronavirus.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai koronavirus.

"Kerajaan akan ambil tindakan terhadap pihak yang cuba mereka-reka berita palsu untuk menakutkan dan timbulkan perasan benci," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di sini hari ini.

Beliau berkata, kebebasan bersuara yang diamalkan di negara ini tidak bermakna boleh melakukannya sesuka hati.

"Kita tidak akan bertoleransi terhadap perbuatan yang cuba menipu dengan memberi maklumat salah terhadap perkara ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Masjid Putra ditutup kepada bukan Islam, hanya untuk solat

Artikel Berkaitan:

Koronavirus: Menteri Pelancongan tidak setuju Masjid Putra ditutup

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!