Khairulnizam, Nur Shazrin terlepas peluang rebut pingat

Khairulnizam dan Nur Shazrin menamatkan cabaran Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan tangan kosong selepas gagal menempatkan diri ke perlumbaan pingat, pada Isnin. Foto AFP
Khairulnizam dan Nur Shazrin menamatkan cabaran Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan tangan kosong selepas gagal menempatkan diri ke perlumbaan pingat, pada Isnin. Foto AFP
A
A
A

[DIKEMAS KINI] DUA pelayar negara Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohamad Latif, menamatkan cabaran Sukan Olimpik 2024 di Paris dengan tangan kosong selepas gagal menempatkan diri ke perlumbaan pingat, pada Isnin.

Nasib ternyata tidak menyebelahi Khairulnizam apabila beliau tidak dapat berlumba pada saingan dekat Marseille Marina, selepas perlumbaan kesembilan dan kesepuluh single-handed dinghy ILCA 7 lelaki dibatalkan.

Pembatalan tersebut menyaksikan Khairulnizam menutup kempen keempatnya di pentas Olimpik dengan menduduki tempat ke-32 (168 mata penalti), selepas hanya mampu bersaing dalam lapan perlumbaan di lokasi yang terletak kira-kira empat hingga lima jam perjalanan, dari sini.

Dalam pada itu, Nur Shazrin turun satu anak tangga dengan menduduki tempat ke-35 (215 mata penalti) selepas sembilan perlumbaan single-handed dinghy ILCA 6 wanita, manakala perlumbaan kesepuluh acara sama dibatalkan.

Hanya 10 pelayar teratas mara ke perlumbaan pingat pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!