Tiga kedai sederet termasuk bengkel musnah terbakar di Teluk Intan

Bengkel motosikal kelas C terbakar sebanyak 90 peratus dan melibatkan anggaran 50 buah motosikal. - Foto JBPM Perak
Bengkel motosikal kelas C terbakar sebanyak 90 peratus dan melibatkan anggaran 50 buah motosikal. - Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Tiga buah kedai terbakar pagi tadi berhadapan Hotel Grand Court, Jalan Maharajalela di Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.20 pagi dan tiba ke lokasi 12 minit kemudian.

Beliau berkata, tiada mangsa terlibat dan kebakaran itu membabitkan bengkel motosikal, kedai minuman dan bengkel cat kereta dengan kesemuanya terbakar 90 peratus.

"Bengkel motosikal kelas C terbakar 90 peratus melibatkan anggaran 50 buah motosikal, kedai minuman kelas C terbakar 90 peratus dan bengkel cat kereta kelas C terbakar 90 peratus serta melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord musnah terbakar 70 peratus.

"Tindakan ketua operasi membuat pemeriksaan (size up) dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan bersumberkan air dari pili bomba," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sabarodzi berkata, operasi tamat pada 6.39 pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!