Olimpik Paris 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik terima habuan kereta mewah

Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik bakal memenangi hadiah lumayan. - Foto Bernama
Zii Jia dan Aaron-Wooi Yik bakal memenangi hadiah lumayan. - Foto Bernama
A
A
A

PEMENANG pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024, Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mendapat habuan pertama susulan meraih pencapaian membanggakan dalam sukan badminton yang menyaksikan mereka bertiga bakal memenangi hadiah lumayan.

Sebuah jenama kenderaan, Chery Malaysia mengumumkan ketiga-tiga atlet negara itu akan membawa pulang sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Chery Tiggo 7 Pro sebagai salah satu ganjaran selepas mencipta kejayaan mengukir nama dalam temasya berprestij itu.

Dalam masa sama, Chery Malaysia turut menjanjikan tawaran kepada mana-mana atlet yang memenangi pingat emas pertama dalam sejarah negara akan menerima SUV Chery Tiggo 8 Pro. - Stadium Astro

@sinarharianonline

Olimpik Paris 2024: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik terima habuan kereta mewah #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #Badminton #ZiiJia #AaronChia #WooiYik #Kereta

News - AShamaluevMusic

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!