Meta mohon maaf turunkan hantaran PM

Meta Gambar hiasan
Meta Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penyedia platform media sosial, Meta memohon maaf atas penghapusan hantaran mengenai pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh menerusi hantaran di Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jurucakap Meta berkata, kandungan berkenaan dipulihkan dengan label berita yang betul dan bersesuaian.

"Kami memohon maaf atas kesalahan operasi yang mana kandungan dari halaman Facebook dan Instagram Perdana Menteri telah dipadamkan.

“Kandungan tersebut dipulihkan dengan label berita yang betul," katanya kepada Reuters pada Selasa.

Kerajaan menuntut permohonan maaf daripada Meta kerana menurunkan beberapa hantaran media sosial Anwar berkait Ismail.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata, tuntutan itu dibuat ketika Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Salim Fateh Din, bertemu dengan wakil Meta pada Isnin.

Hantaran yang diturunkan Meta termasuk melibatkan kenyataan takziah Anwar kepada pemergian Ismail, selepas pemimpin Palestin itu terbunuh di Teheran, Iran, pada 31 Julai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!