Nahas Palapes Udara: TUDM tubuh Lembaga Penyiasatan
A
A
A
Markas TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, 25 pegawai kadet Palapes dan tiga jurulatih yang cedera dalam insiden tersebut dibenarkan keluar dari hospital awal pagi ini.
“Sementara itu, seorang pegawai kadet masih meneruskan rawatan di Hospital Klang dan tiga di Hospital Banting.
“TUDM akan sentiasa memastikan pemantauan berterusan dan memberi bantuan yang sebaiknya kepada semua yang terlibat dalam insiden tersebut," menurut kenyataan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Trak tentera terbalik, tiga Palapes Udara patah tangan
Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, trak tiga tan dinaiki kesemua mangsa hilang kawalan dan terbalik dipercayai akibat brek kenderaan milik TUDM itu gagal berfungsi ketika menuruni bukit selepas selesai menghantar barang di kawasan hutan Bukit Jugra.
Pegawai kadet Palapes udara dan jurulatih yang terbabit merupakan kumpulan pendahuluan untuk persediaan fasa Latihan Medan bagi Latihan Kem Tahunan Palapes Udara yang bermula hari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!