Penganggur direman cabul cucu saudara

Suspek (dua dari kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa selepas memperoleh reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes cabul cucu saudaranya.
Suspek (dua dari kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa selepas memperoleh reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes cabul cucu saudaranya.
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul cucu saudaranya yang berusia enam tahun.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 54 tahun itu dibenarkan oleh Majistret, Savinder Singh di Mahkamah Majistret Gerik pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek yang juga penganggur itu ditahan di Kampung Kenayat di sini pada Isnin selepas menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 29 tahun.

Lelaki berusia 54 tahun direman selepas disyaki mencabul cucu saudaranya dalam kejadian di Gerik.
Lelaki berusia 54 tahun direman selepas disyaki mencabul cucu saudaranya dalam kejadian di Gerik.

"Kejadian itu terbongkar selepas pengadu melihat kelakuan pelik anak perempuannya itu sebelum diberitahu akan perbuatan suspek.

"Siasatan awal mendapati kejadian cabul itu dilakukan antara Mac hingga April lalu apabila suspek telah mengurut perut dengan alasan untuk membuang angin sebelum meraba kemaluan mangsa," katanya.

Menurut beliau, suspek turut mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

"Suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Gerik untuk permohonan reman.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!