Pertuduhan pengikut Millah Abraham: Mahkamah Syariah Batu Pahat jadi tumpuan

Keadaan di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat.
Keadaan di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - Pekarangan Mahkamah Rendah Syariah di sini, menjadi tumpuan apabila lebih 30 individu dipercayai ahli keluarga 14 pengikut Millah Abraham berada di sekitar mahkamah pada pagi Selasa.

Seawal jam 9 pagi, mereka berada di mahkamah bagi mengikuti prosiding pertuduhan terhadap ahli kumpulan itu.

Kesemua 14 ahli pengikut Millah Abraham yang menaiki van tiba di mahkamah sekitar jam 9.45 pagi dengan kawalan ketat pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Daripada keseluruhan 15 individu yang didakwa, seorang daripadanya dituduh di Mahkamah Majistret Muar semalam, manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan dan akan menjadi saksi pendakwaan.

Van membawa pengikut Millah Abraham yang ditahan sebelum ini, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat pada Selasa.
Van membawa pengikut Millah Abraham yang ditahan sebelum ini, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Batu Pahat pada Selasa.

Pada Ahad, media melaporkan seramai 17 individu disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan dalam operasi bersepadu di empat daerah sekitar Johor pada minggu lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled dalam catatan di akaun Facebook miliknya berkata, kesemua 17 individu itu ditahan dalam operasi serentak dijalankan di Batu Pahat, Pontian, Muar dan Segamat.

Katanya, operasi khas dinamakan Ops Milab itu membabitkan kerjasama bahagian penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), cawangan khas Bukit Aman dan cawangan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru.

Artikel Berkaitan:

Ajaran Millah Abraham difatwakan sesat di Johor pada 30 Julai 2015 dan diwartakan pada 28 April 2016, sebagai ajaran dan fahaman yang menyimpang daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!