Pas nafi dakwaan bekas ADUN Nenggiri tidak terima peruntukan

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud menafikan dakwaan Mohd Azizi yang mendakwa tidak pernah menerima peruntukan dari Kerajaan Kelantan. Gambar kecil: Wan Rohimi
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud menafikan dakwaan Mohd Azizi yang mendakwa tidak pernah menerima peruntukan dari Kerajaan Kelantan. Gambar kecil: Wan Rohimi
A
A
A

GUA MUSANG - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim yang mendakwa tidak pernah menerima peruntukan daripada Kerajaan Kelantan.

ADUN Melor itu berkata, peruntukan Kerajaan Kelantan itu sama sebagaimana yang diberikan kepada ADUN lain di negeri ini termasuk Nenggiri.

Menurut beliau, antara peruntukan yang diberikan adalah untuk pembangunan sebanyak RM241,000, program pembelaan rakyat miskin (RM90,000), penyediaan kemudahan asas pertanian dan perikanan (RM12,000), bantuan bekalan elektrik (RM20,000), Rumah Dhuafa (RM215,000), jalan-jalan kampung (RM100,000) dan pemberian pelbagai, RM35,000.

"Peruntukan ada, demo (awak) tidak guna. Demo (awak) buat kerja ke tidak sebenarnya?" katanya ketika berceramah di Program Bual Bicara dan Persembahan Kesenian Dikir Barat di Unit Daerah Mengundi (UDM) Renok di sini, pada Isnin malam.

Ujarnya, untuk peruntukan diluluskan memerlukan borang permohonan melalui penghulu, pejabat DUN serta perlu diproses di Pejabat Tanah dan Jajahan kemudian barulah peruntukan diberikan.

"Kalau kita duk 'geger' (bising) dan tidak buat apa-apa maka tidak dapat (peruntukan). Dia kena ikut (prosedur). ADUN Galas yang duduk di bawah UMNO serta ADUN Kota Lama ini, mereka dapat peruntukan sama dengan ADUN yang bersama dengan kerajaan negeri Kelantan.

"Bahkan Galas dan Kota Lama mendapat peruntukan lebih besar kerana mereka bukan saja boleh daripada negeri, malah (daripada) Kerajaan Persekutuan juga," katanya.

Menurut Wan Rohimi, dua ADUN pembangkang itu tidak pernah mengeluh kerana kedua-dua mereka dapat peruntukan yang sama.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian pada Isnin melaporkan Mohd Azizi mendakwa beliau tidak pernah menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri semasa menjadi wakil rakyat.

Mohd Azizi yang dilucutkan hak sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Jun lalu memberitahu Kerajaan Kelantan dicabar untuk mengemukakan bukti beliau menerima peruntukan sehingga menggelarkan dirinya tamak.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!