[VIDEO] 'Hidup mati kita dalam Malaysia' - Hajiji

A
A
A

KOTA KINABALU - Hidup mati kita adalah dalam negara Malaysia, demikian kenyataan tegas daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkaitan isu tuntutan pihak luar terhadap Sabah.

Hajiji berkata, walaupun masih ada pihak yang melihat perkara ini belum selesai namun kerajaan Sabah kekal dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak.

"Ya, memang kita ini dalam satu negara, ada isu kita masih lagi belum selesai, di pihak sebelah masih lagi.

"Jadi kita menekankan setegas-tegasnya menyatakan bahawa kita tidak iktiraf kumpulan atau pun tuntutan. Kita ini sudah merdeka 61 tahun bersama Malaysia, jadi apa lagi ceritanya. Jadi hidup mati kita adalah dalam negara Malaysia ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-35 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Selasa.

Hajiji ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-35 di SICC) Kota Kinabalu.
Hajiji ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-35 di SICC) Kota Kinabalu.

Sebelum itu, beliau diminta mengulas mengenai kenyataannya pada Isnin yang mengatakan kerajaan Sabah menyokong penuh kerajaan Persekutuan yang mempertahankan Sabah daripada tuntutan pihak luar.

Sementara itu, ditanya mengenai isu tuntutan kerajaan negeri berhubung hak 40 peratus Sabah kepada kerajaan Persekutuan, beliau menegaskan bahawa isu berkenaan memang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

"Itu dalam perlembagaan, itu setiausaha kita rundingkan, jangan bimbang. Itu termaktub dalam perlembagaan dan kerajaan negeri sentiasa berunding dengan kerajaan Persekutuan," katanya.

Katanya lagi, mengenai pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai RM10 bilion kepada Sabah, beliau memaklumkan bahawa nilai itu adalah apa yang kerajaan Persekutuan telah belanjakan namun ia tiada kaitan dengan tuntutan 40 peratus tersebut.

"Ini adalah apa yang kerajaan Persekutuan belanjakan untuk Sabah pada tahun ini, RM16 bilion.

"Tiada kaitan dengan 40 peratus tersebut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!