SkyMeridien Residences terima RM50,000

Chee Seng (kiri) menyampaikan replika cek replika bernilai RM50,000 kepada Pengerusi Korporat Pengurusan SkyMeridien Residences, Jitesh Mohan Devnani (kanan) sebagai penghargaan atas kemenangan SkyMeridien Residences di Anugerah Harta Kelola dan Bersih Terbaik The Edge.
Chee Seng (kiri) menyampaikan replika cek replika bernilai RM50,000 kepada Pengerusi Korporat Pengurusan SkyMeridien Residences, Jitesh Mohan Devnani (kanan) sebagai penghargaan atas kemenangan SkyMeridien Residences di Anugerah Harta Kelola dan Bersih Terbaik The Edge.
A
A
A

PEMAJU bandar, SkyWorld Development Berhad (SkyWorld) memberikan RM50,000 kepada SkyMeridien Residences berikutan kemenangan di Anugerah Harta Kelola dan Bersih Terbaik The Edge.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld, Lee Chee Seng berkata, anugerah itu menonjolkan amalan pengurusan harta yang cemerlang, sekali gus mencerminkan komitmen SkyWorld terhadap standard kualiti

Tambah beliau dengan wang tersebut, pihaknya berharap dapat membantu dalam penyelenggaraan dan pengurusan berterusan SkyMeridien, selain memastikan ia kekal sebagai harta bernilai untuk tahun mendatang.

“Komitmen ini lebih daripada sekadar membina rumah yang kukuh dari segi struktur iaitu mencipta ruang bagi meningkatkan kualiti hidup penduduk.

“Dedikasi kami untuk membuatkan kehidupan lebih baik melangkaui pembinaan kepada pengurusan dan penyelenggaraan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Projek SkyMeridien Residences memenangi pingat gangsa dalam kategori Strata Kediaman Berbilang Pemilik di Bawah 10 Tahun, yang berlangsung pada 15 Julai lalu.

Chee Seng berkata, anugerah tersebut selaras dengan program ‘Make Live Better’ SkyWorld yang turut menggalakkan penyertaan aktif dalam pengurusan harta yang baik oleh penduduk dan syarikat pengurusan harta.

“Ganjaran tunai ini akan disalurkan ke dana penyelenggaraan harta yang menang untuk penyelenggaraan umum,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!