Identiti mangsa rentung dikenal pasti

Kenderaan mangsa ditemukan terbabas dalam parit di KM24 Jalan Teluk Intan-Bidor pada Isnin. Foto ihsan PDRM
Kenderaan mangsa ditemukan terbabas dalam parit di KM24 Jalan Teluk Intan-Bidor pada Isnin. Foto ihsan PDRM
A
A
A

TELUK INTAN - Identiti mangsa yang ditemukan rentung setelah kereta yang dipandu terbabas ke dalam parit lalu terbakar di Kilometer 24 Jalan Teluk Intan - Bidor di sini pada Isnin, telah dikenal pasti.

Mangsa maut dikenali sebagai, A Mughilan, 28, merupakan pemandu kereta jenis Honda City berwarna kelabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Teluk Intan menuju ke Bidor.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri dalam parit di lorong bertentangan lalu terbalik dan terbakar.

"Pihak bomba bergegas ke tempat kejadian dan api berjaya dikawal selepas 30 minit. Pemandu kereta iaitu lelaki warga tempatan ditemui rentung dalam kenderaan terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Teluk Intan untuk pengecaman dan bedah siasat.

"Pengecaman dibuat oleh waris yang mengesahkan mayat tersebut adalah anak kandungnya.

"Polis akan dibawa kenderaan terlibat untuk dihantar bagi pemeriksaan Puspakom. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Adnan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Syamil Abd Manan di talian 011-10065817 bagi membantu siasatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!